Kata nama ialah perkataan yang
boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan,tempat, benda, atau konsep. Ia
terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya
iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.
a)Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan
untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa,
bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata
nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada
subgolongan
·
Hidup = Manusia / Bukan
manusia
·
Tak hidup
Perkataan Kata Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
Kata nama khas hidup manusia
|
Kata nama khas hidup bukan manusia
|
Kata nama khas tak hidup
|
Aminah
Puan
Marita Tan
Tengku Abdullah
Prof. Fatimah
Senator Wong Ah Meng
Doktor Muthusamy
|
|
|
b) Kata nama am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
konsep umum.
Contohnya:
benda: sekolah, kereta,
cakerawala
perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh
dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau
dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan
atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar
dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang
lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
1.
Kata
nama am hidup manusia : petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis,
jurujual
2.
Kata
nama am hidup bukan manusia : ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari
3.
Kata
nama am tak hidup institusi : sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital,
pejabat
4.
Kata
nama am tak hidup bukan institusi konkrit : rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta,
5.
Kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman, bayangan, pendapat,
6.
Kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim, keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil
melainkan pada awal ayat.