Halaman

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

28 Mac 2013

KATA NAMA


Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan oranghaiwan,tempatbenda, atau konsep. Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

a)Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan
·         Hidup =  Manusia / Bukan manusia
·         Tak hidup


Perkataan Kata Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas tak hidup
Aminah
Puan Marita Tan
Tengku Abdullah
Prof. Fatimah
Senator Wong Ah Meng
Doktor Muthusamy
Tumpuk
Sang Kancil
Hevea brasilia
 (pokok getah)

b) Kata nama am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum.
 Contohnya:
benda: sekolah, kereta, cakerawala
perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian     
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
1.             Kata nama am hidup manusia                        : petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis, jurujual
2.             Kata nama am hidup bukan manusia           : ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari
3.             Kata nama am tak hidup institusi                  : sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital, pejabat
4.             Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit       : rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta,
5.             Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman, bayangan, pendapat,
6.             Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim, keindahan, ajaran, hasrat

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan